Buy MORE, Save MORE ! Discount for every 3 pieces. Click HERE !
Cart 0

Kaitan Warna Tudung Dengan Wajah Anda


Pernahkah anda membeli tudung secara atas talian atau di butik kerana suka akan warnanya tetapi apabila dipakai warna tudung tersebut kelihatan seperti tidak sesuai tona kulit anda? Tudung umpama mahkota bagi setiap wanita. Warna tudung yang sesuai dengan warna kulit mampu menaikkan seri si pemakai tanpa memerlukan make-up yang tebal.


Bagaimana Warna Terhasil

Warna Utama (Primary Colours)


3 warna utama dalam cakera warna (Colour Wheel) adalah merah, biru & kuning. Dengan mencampurkan merah dengan biru, biru dengan kuning & kuning dengan merah; akan menghasilkan 3 warna baru iaitu ungu, hijau & jingga. 3 warna ini dipanggil warna sekenderi


 Warna Utama (Primary Colours) & Warna Sekenderi (Secondary Colours)


Apabila warna-warna ini dicampurkan dengan 3 warna asas tadi, maka terhasillah lagi 6 warna baru.yang dipanggil warna tertiari.

 

Warna Utama (Primary Colours) , Warna Sekenderi (Secondary Colours) & Warna Tertiari (Tertiary Colours)


Dengan memahami bagaimana sesuatu warna itu terhasil, maka mudahlah untuk kita menentukan warna yang sesuai dengan tona (undertone) kulit kita.

Kita boleh kategorikan warna-warna ini kepada 2 jenis warna. Warna Sejuk (Cool Colours) dan Warna Panas (Warm Colours). Cool Colours adalah warna-warna yang mempunyai banyak biru. Warm Colours adalah warna-warna yang mempunyai banyak merah. Tudung Cool Colours sesuai dipakai oleh mereka yang mempunyai Cool Undertone, manakala tudung Warm Colours sesuai dipakai bagi mereka yang mempunyai Warm Undertone.



3 Cara Asas Menentukan Undertone


Ikuti 3 langkah asas di bawah untuk menentukan undertone jika anda belum mengetahuinya.


1. Anda berada dibawah sinaran matahari yang sangat panas


Jika senang anda senang ‘tan’, kemungkinan anda warm undertone.

Sekiranya anda senang ‘burn’, mungkin anda cool undertone.



2. Antara emas kuning & emas putih, mana satu yang kelihatan lebih cantik pada kulit anda?


Jika anda menjawab emas kuning, anda dikatogerikan sebagai warm undertone.

Sekiranya emas putih, anda mempunyai cool undertone.



3. Lihat pada urat paling ketara ditangan anda.


Jika ianya berwarna hijau, anda adalah warm undertone.

Jika berwarna biru/ungu, anda adalah cool undertone.



Walaupun begitu, menentukan undertone seseorang ini perlu dilakukan oleh Perunding Imej yang bertauliah untuk hasil yang lebih tepat.


Sekiranya keputusan ujian di atas banyak menentukan anda mempunyai Warm Undertone, adalah digalakkan untuk anda mengenakan tudung Warm Colours. Manakala jika anda mendapati anda mempunyai Cool Undertone, disarankan untuk memakai tudung Cool Colours. Selain Cool Undertone dan Warm Undertone, terdapat juga Neutral Undertone. Kelebihan kepada mereka yang mempunyai Neutral Undertone adalah mereka sesuai untuk mengenakan semua warna.


Pemilihan warna tudung yang betul tidak akan overshadow wajah anda. Malah menaikkan seri anda.



Share jika artikel ini bermanfaat.